Isnin, 30 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelawat blog ini...
terima kasih banyak-banyak

Ahad, 29 November 2009

assalamualaikum semua..
bertemu kiter kembali dalam blog aku ni..
3 hari lepas kiter bercuti sempena hari raya korban..
ni gambar yang sempat aku ambik gambar hero aku 2 orang berbaju melayu..
raya puasa hari tu x sempat nak ambik gambar nyer
sebab masing2 sibuk...
raya haji kali ni best bagi aku sebab adik beradik aku semua ada..
cuma yang sedihnyer mlm raya dah kena hantar dia ke KLIA
sebab dia kena balik bertugas semula di Malbad, Lubnan selepas cuti 2 minggu..
sedih rasanyer masa tinggalkan dia di KLIA..
tahun depan baru jumpa dia balik..
apa nak buat dah tugas dia..

Selasa, 24 November 2009

Part 3 & Part 4

LAWAK 3
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti. Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.Cikgu: "OK boy, did you get the words?"Budak: "Yes, teacher".Cikgu: "Good, what is your first word?"Budak:"Shut up you!!"Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?Budak: "Superman !!!"Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"Budak: "Ladies First!!" Thank you


LAWAK 4
SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan. POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir. POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

hiburkan ati di sini..Part 1 & 2

LAWAK 1
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?). Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu."kenapa awak diam tadi? kesian dia..." Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak


LAWAK 2
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!Lembu : Kenapa kau kata macam tu?Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! Lembu : Hah! Buat apa pulak?Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak duatiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak! Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!Ayam : ?? Maksud kau?Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nakbunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK! Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Isnin, 23 November 2009

bEtUl Ke Ni..?

Specialnya Bau Ketiak Lelaki

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekananyang dialami oleh wanita?
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian BiologiManusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu.
Kajian dilakukan disana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik.
Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA...Feb 2004...kalau tak caya...
So kengkawan kalau tengah stress tu .....
bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story
So kalau isteri dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bauketiak suami anda..
yang masam tu insyaallah mood anda akan ok
ha..ha...ha. ...
selamat mencuba...
Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak

Ahad, 22 November 2009

kEnDeRaAn KaMi Di RuMaH..:)

salam semua..
dah lama sgt rasa nyer nak update blog aku ni..
tapi rasanyer baru seminggu..tapi tu dh kira lama dh tu..
xada citer menarik la..
selain penat melayan celoteh budak 2 orang ni..
ni gambar diorang bersama kenderaan masing2...
sebenarnyer tu semua abg yang punyer sbb dia kuar dulu..
so semua dia dapat..ramai yang rajin membeli nyer..
so sekarang pas adik nyer ada adik dapat main
bekas2 abang punyer la..xper masih boleh digunakan lagi..
cume sumenyer dah tak secantik mula2 beli sebab dah habis dijahanamkan abang nyer..
abang nyer ni kira nyer merangkap pomen gak la...
ada yang tak bertayar pun ada di buat nyer..
apa nak buat..
ni la penangan anak lelaki...
sabor je la

Ahad, 15 November 2009

uNtUk Yg SuDah & aKaN bErKaHwIn..:)

Tips Cinta Suami Isteri
* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ketempat kerja masing-masing.
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefonpasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apayang sedang dilakukan.
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hatisebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dansebelum tidur.
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama keranapastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang darikerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasanganmeluahkan perasaan.
* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tanggahinggalah politik semasa sebelum tidur.
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biarberlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walausambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atauusia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untukmengeratkan kasih sayang.
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama sertabersalam-salaman selepasnya.
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak seganatau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untukperistiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahajayang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yangkelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isterimelahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untukmengelakkan pasangan merasa jemu.
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincangbersama untuk menyelesaikannya.
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalamrumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan andamencapai matlamat tersebut.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Khamis, 12 November 2009

kHaS bUaT wAnItA..

§>> Khas Buat Wanita <<§>>
Yang mana menggambarkan diri anda ?.........

WANITATANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak T
aurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(21 Mei-21 Jun), Libra(24 Sept-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

NASIHAT YANG. AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. *Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
``Jadilah wanita yang lebih lembut dari angin yang berhembus, dan jadilah wanita yang lebih mulia dari bintan g-bintan g di angkasa. Peliharalah pekertimu agar kamu dilihat indah, sekali gus sekelilingmu juga akan turut menjadi indah. Keindahan yang terpancar itu menjadikan wanita ibarat mentari yang tidak pernah terbenam.''

Selasa, 10 November 2009

mEmBaCa lah..


si Cilik membaca

ni anak aku no 2..aku tengok dia memang berminat dengan buku2 bergambar @ berwarna..
x macam abang dia..lebih suka bermain..kalo diberi pilihan main la yg paling utama bg dia..
nak buat mcm mana..tiap2 anak lain sikap dan perilaku nyer..
xsemua sama..
tapi seronok bile tgok dia baca buku tu...ye ye je gaya nyer..
bahasa dia je yang dengar..sepatah pun x faham
rajin nyer anak ibu membaca yer..

hai anak ibu..nak baca buku ke..dah jahanam pun buku tu dibuat nyer..tggal kulit je...

Khamis, 5 November 2009

salam semua..
bertemu kiter balik dalam blog ku ini..
bkn nyer malas nak update tpi xada mood & cerita yg best2...
lebih2 lagi dalam keadaan idung tersumbat ni..memang mentensionkan aku...
keje nak hangin je kalau anak2 buat hal kat umah...
kat atas ni ada la antara gambar2 family ku sekarang ni...
4 orang ke semuanyer..
tapi xtahu la kan kot2 nanti bertambah pulak ahli baru dalam keluarga...
mana la tahu kan...
Insyaallah..kalo ada Alhamdulillah..
tapi kalo boleh biar la dulu...belum dapat rehat yang mencukupi lagi melayan
hero 2 orang ni...
sesungguhnyer mereka la penyeri hidup ku...

Selasa, 3 November 2009

dEmAm PuNyEr Hal..

assalamualaikum semua...
hari ni aku start kejer pas 2 hari aku mc sebab diserang demam panas..
ni semua Iman anak kecik aku punyer pasal...
dia la yang mula2 bawak virus ni..
xada hint xada apa tibe2 je pengasuh dia tepon bgthu dia demam khamis lepas...
rupa2 nyer demam nak tumbuh gigi lagi...
yang sedia ada bru 8 batang...
pastu mula la berjangkit kat aku dan abang dia Irfan..
abah dia je yang x kena virus ni..
yang paling teruk Irfan la...makan x nak langsung...
yang dia nak minum jer
mybe badan dia panas kot..tu yg kuat dahaga tu..
cuma yang buat aku risau sangat sebab dia langsung x nak makan..
kesian kat dia...makin kurus dia...pakai baju nampak tulang nyer..
dah boleh main gitar...
sekarang ni pun masih berbaki kesan dari demam ni...
yang paling aku x suka..SELSEMA...
CEPAT LA KAU PERGI DARI HIDUP AKU ANAK BERANAK...selsema oi...

raya 2010