Ahad, 15 November 2009

uNtUk Yg SuDah & aKaN bErKaHwIn..:)

Tips Cinta Suami Isteri
* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ketempat kerja masing-masing.
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefonpasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apayang sedang dilakukan.
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hatisebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dansebelum tidur.
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama keranapastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang darikerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasanganmeluahkan perasaan.
* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tanggahinggalah politik semasa sebelum tidur.
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biarberlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walausambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atauusia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untukmengeratkan kasih sayang.
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama sertabersalam-salaman selepasnya.
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak seganatau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untukperistiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahajayang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yangkelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isterimelahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untukmengelakkan pasangan merasa jemu.
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincangbersama untuk menyelesaikannya.
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalamrumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan andamencapai matlamat tersebut.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

1 ulasan:

raya 2010